Header Ads

Loading...

Pemuda Umno Kedah Sifatkan Manifesto Harapan Lemah



ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah menyifatkan manifesto Pakatan Harapan PRU14 diumumkan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam malam kelmarin, amat lemah.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, manifesto berkenaan dilihat paling lemah dan kurang berkesan pernah dikeluarkan Harapan.

“Ia didapati longgar dalam segenap segi dan kurang perincian pelaksanaan yang menyeluruh. Mereka meletakkan semua perkara atas kertas kerana tahu pelaksanaannya hampir mustahil,” katanya.

Loading...


“Apa yang kami nampak, pembentangan manifesto itu satu usaha penuh hipokrasi dan berusaha keras membersihkan dosa polisi lampau kepimpinan Tun Mahathir sahaja,” katanya.

Disebabkan itu, menurut beliau, pihaknya yakin rakyat tidak akan pernah terpesona dengan manifesto hilang arah ini.

“Jadi, tidak perlu rasanya menggunakan terma ‘10 janji; 100 hari’, jika banyak janji yang dikemukakan di Pulau Pinang dan Selangor pun masih gagal mereka laksana sekian lama,” katanya.

Kata beliau, tiada guna menjanjikan rumah mampu milik, sekiranya kepimpinan Selangor dan Pulau Pinang sendiri gagal dalam usaha ini.

Shaiful Hazizy menganggap agak malang bagi Harapan untuk menjanjikan perkara-perkara yang merupakan 'dosa polisi zaman Mahathir' seperti ini.

Lebih menyedihkan, katanya, seluruh jentera dan pemikir parti komponen itu perlu menjadi alat membetulkan banyak kesilapan lampau zaman pemimpin utamanya.

“Saya tak terperanjat jika Harapan akan membuat banyak pembetulan kepada manifesto yang dirasmikan ini,” katanya.

Katanya, jika tidak, ia tidak lebih sekadar 'Janji PH Untuk Memperbetulkan Kesilapan Legasi Zaman Mahathir'.

- Sinar Harian

No comments

Loading...