Header Ads

PDRM Tidak Terima Sebarang Panggilan Berhubung Kapal Layar Mewah - KPN



KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan dari Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) berhubung dakwaan rampasan sebuah kapal layar mewah dipercayai milik seorang ahli perniagaan awal bulan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak untuk mengesan kapal yang didakwa dijumpai di sebuah pulau peranginan di Indonesia, baru-baru ini.


Loading...

"Setakat ini, pihak Polis Diraja Malaysia tidak menerima sebarang permintaan berhubung isu itu, saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Itu sahaja," kata Mohamad Fuzi secara ringkas ketika ditemui selepas majlis menandatangani surat serah hak pereka cipta dan perjanjian pelesenan pengkomersilan produk Inovasi I-Smart Tactical Vest (I-STV) di sini hari ini.

Kapal layar mewah yang dikenali sebagai Equanimity itu didakwa dirampas di sebuah pulau peranginan pada 1 Mac lalu.

- Astro Awani

No comments

Loading...