Header Ads

PAN Haramkan Umat Islam Undi PAS



Kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) di bawah pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya semata-mata kerana disebabkan dendam terhadap bekas parti yang mereka sertai sebelum ini iaitu PAS. Kini parti serpihan PAS itu ‘mengharamkan’ umat Islam memberi undi kepada PAS.

Ini dapat dilihat apabila Naib Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyokong kenyataan Naib Presiden PAN, Husam Musa yang mengatakan undi PAS haram manakala undi Pakatan Harapan yang dikuasai DAP pula wajib.

“Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan.

“Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam.


Loading...

Che Ibrahim cuba menegaskan kenyataan yang dibuat Husam di satu ceramah di Mengkebang, Kuala Krai, baru-baru ini itu tidak harus dipertikaikan.

“Di segi hukum syarak, semua amalan “mukallaf” yakni manusia yang sempurna taklifnya dengan Allah, tidak akan terlepas daripada lima hukum sama ada wajib, haram, sunat, makruh dan harus,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Malah, beliau mendakwa perbuataan yang sama pula, mengikut kaedah feqah, lima hukum ini boleh berubah dengan berubahnya zaman, sebab dan tempat.

“Ini berdasarkan kaedah hukum boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat dan keadaan,” katanya.

Untuk menunjukkan hukum yang diberikan Husam itu logik, Che Ibrahim menggunakan contoh mengenai hukum berkahwin bagi seorang pemuda yang belum bekerja adalah harus.

“Tetapi hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut menjadi wajib bila dia tidak mampu lagi mengawal nafsu syahwatnya,” katanya.

Beliau berkata, pada zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik mengundi PAS semasa itu mungkin wajib, namun keadaan kini sudah berubah.

“Tetapi mengundi PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini boleh menjadi haram kerana PAS sekarang sudah tidak serupa lagi dengan PAS di zaman itu,” dakwanya.

–- Utaranews.com

No comments

Loading...