Header Ads

Loading...

Namanya Siti Aafiyah… Memang Comel Anak Siti


SEBAGAI mana dijanjikan, genap usia tujuh hari, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan nama puteri kesayangan mereka sebagai Siti Aafiyah.

Media tempatan melaporkan bahawa Siti Nurhaliza, 39, memaklumkan bahawa pemilihan Siti Aafiyah itu turut disepakati mereka sekeluarga kerana nama tersebut sebenarnya cukup indah daripada segi maknanya dalam bahasa Arab sendiri.

Loading...

“Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati ia sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, malam ini.
Sementara itu, Khalid, 59, berkata, selain membawa maksud yang indah, nama Siti Aafiyah mudah diingati dan berkata: “Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
“Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan menimpa, menjadi sihat dan memiliki wang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” katanya.
Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Beberapa jam sebelum itu, buat pertama kalinya, wajah Siti Aafiyah yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram dikongsi secara rasmi melalui video dimuat naik dalam akaun sosial rasmi Instagram CTDK, seperti dijanjikan pasangan berkenaan sebelum ini.
Sejak dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Isnin minggu lalu, puteri sulung penyanyi yang baharu muncul dengan single Comel Pipi Merah itu dipanggil sebagai ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad SAW.


Ketika ini, Siti Nurhaliza menjalani tempoh berpantang sebelum kembali aktif menjelang akhir tahun. Sehingga jam 11 malam, klip video itu menerima lebih sejuta tanda suka manakala foto si comel mengenakan gaun berwarna hijau, meraih lebih 600,000 ‘likes’.
Kedua-dua entri itu dihujani komen peminat termasuk rakan artis yang rata-rata memuji wajah comel anak sulung pasangan itu manakala Siti Nurhaliza hanya mampu meluahkan: “Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi… Anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.”
Berita kelahiran puteri sulung penyanyi itu pantas tular apatah lagi detik indah tersebut amat dinanti-nantikan Siti Nurhaliza dan peminatnya sejak beliau mendirikan rumah tangganya dengan Khalid lebih 11 tahun lalu. 

No comments

Loading...