Header Ads

Nak Jadi Guru Besar, Tapi Sokong Harapan



BALING - Menteri Pendidikan menempelak sikap guru yang menyokong Pakatan Harapan (Harapan) tetapi dalam masa sama mahukan jawatan guru besar.

Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu bagaimanapun hanya melibatkan segelintir guru.

“Ada dua, tiga orang bermasalah. Sokong Harapan, Bersatu, beria-ia benar. Ada pakai baju macam tu (Harapan), tulis pula di bawah tu (media sosial).

Loading...


"Selepas itu pergi ambil Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). NPQEL untuk jadi guru besar, macam mana kamu dengan kerajaan?," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas tamat program Perjumpaan Profesionalisme Menteri Pendidikan Malaysia Bersama Warga Pendidikan Daerah Baling di Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM) Baling, hari ini.

Beliau berkata, guru dinasihati tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik secara keterlaluan.

“Kamu nak jawatan, dalam masa kamu sokong, tunjuk dan hentam. Janganlah keterlaluan. Walaupun tidak ramai, tetapi ia ibarat nyamuk tepi telinga,” katanya.



No comments

Loading...