Header Ads

Loading...

Najib Cuba Jatuhkan Bersatu, Dakwa Dr Mahathir



KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat takut dengan parti Bersatu.

Menurutnya, sejak ditubuhkan lagi, parti tersebut sentiasa mendapat halangan dari kerajaan.

“Lebih malang lagi Bersatu diketuai oleh individu tidak berpengalaman, umur 92 tahun tapi Najib tetap nak lumpuhkan parti ini,” sindirnya.


Loading...

Beliau turut mendakwa bahawa Perdana Menteri berusaha bersungguh-sungguh untuk melumpuhkan kebangkitan Bersatu.

“Najib cuba jatuhkan Bersatu, kami dah daftar dipersoalkan. Bahkan apabila kami jawab mereka tidak terima,” ujarnya.

Berhubung reaksi negatif terhadap manifesto Pakatan Harapan yang dikritik bersifat populis.

Mahathir memilih pendekatan tidak peduli, sebaliknya meminta rakyat memberi Harapan peluang untuk membuktikan janji mereka.

“Mereka boleh pertikai, cuba bagi kami menang. Kami akan buktikan. Bagi kami kemenangan tengok jadi ke tidak (manifesto),” tegasnya.

Beliau bagaimanapun, tidak akan berputus asa sekiranya Pakatan Harapan gagal didaftarkan.

“Sama ada lulus atau tidak, kami Harapan akan bersikap, bekerja seperti Pakatan Harapan. Kami akan kerja bersama-sama menerusi Majlis Presiden.

"Saya sedar kalau RoS tak lulus ia akan sukarkan tapi kami akan tetap berkempen sebagai Harapan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Loading...