Header Ads

Loading...

Mukhriz Saman Saya Kerana Tagih Simpati Rakyat - Tengku Sariffuddin



KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar kepada perdana menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memfailkan saman terhadapnya semata-mata untuk menagih simpati politik daripada rakyat.

“Saya tidak tahu dan saya tidak faham tetapi saya percaya ia adalah satu tindakan untuk menagih simpati politik daripada rakyat semata-mata,” katanya menerusi pernyataan saksi yang dikemukakan di dalam perbicaraan saman difailkan Mukhriz terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan dua kenyataan berunsur fitnah pada April 2016.


Loading...

Tengku Sariffuddin, 56, yang berkhidmat selama 27 tahun sebagai setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan media bertarikh 23 April 2016, yang diterbitkan di Facebook atas nama “PMO Malaysia” adalah komen dan maklum balas terhadap kerjaya politik Mukhriz dan bukan memfitnahnya.

“Saya percaya seorang pembaca yang waras akan lihat bahawa kenyataan itu adalah komen dan respons saya dalam konteks perjalanan politik plaintif iaitu kenyataan bahawa beliau tidak ada cita-cita untuk jadi perdana menteri seperti yang dilaporkan dalam akhbar South China Morning Post.

“Di dalam kenyataan itu, saya tidak menyatakan apa-apa yang menghina dan memfitnah beliau (Mukhriz) atau boleh mendedahkan beliau kepada sebarang cemuhan awam,” katanya sambil menambah sebagai seorang pemimpin politik, Muhkriz tidak seharusnya terlalu sensitif kepada analisis ataupun pendapat tentang perkembangan politiknya.

- Bernama

No comments

Loading...