Header Ads

Loading...

Maszlee Malik Umum Sertai BERSATU Esok



Ahli akademik dan pendakwah Dr Maszlee Malik dijangka mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Isnin depan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Maszlee berkata beliau akhirnya membuat keputusan menyertai parti politik itu selepas mendapat sokongan penuh daripada keluarganya.


Loading...

"Rakyat Malaysia kini di persimpangan. Kita akan berdepan 'ibu segala pilihan raya' yang akan menentukan masa depan negara.

"(Kita perlu pilih) sama ada kita akan kekal di bawah (kerajaan) kleptokrasi dengan imej yang dikenali di seluruh dunia atau kita mahu Malaysia baru yang menjanjikan kehidupan dan imej yang lebih baik untuk dunia," kata Dr Maszlee.

Penyertaan Dr Maszlee dalam BERSATU dijangka akan diumumkan oleh presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU esok.

Penyertaan Dr Maszlee itu menyusul seminggu selepas penyertaan penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan.

Pakar Strategi BERSATU Datuk Rais Hussin sebelum ini berkata beberapa ahli akademik akan menyertai parti itu bagi persediaan menyertai pilihan raya umum akan datang.

Dr Maszlee, 44. kini merupakan profesor pembantu di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Anak kelahiran Johor itu berpengalaman berkhidmat di beberapa badan pemikir dan sering dijemput sebagai panelis atau moderator bagi forum yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam dan politik Timur Tengah.

- Malaysiakini

No comments

Loading...