Header Ads

Loading...

Malaysia Jadi Negara Defisit Tanpa GST - PM Najib



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil RM45 bilion melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Tanpa GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan kepada pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).


Loading...

"Kalau pembangkang hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan), itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit."

"Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece," katanya ketika berucap pada Program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Bersama Siswa di Seri Perdana, di sini hari ini.

Najib juga berkata kadar GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu pada enam peratus, di mana 164 negara lain turut melaksanakan GST dengan yang terbaru di India.

Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April 2015.

- Bernama

No comments

Loading...