Header Ads

Mahathir Kisahkan Insiden Mata Lebam Anwar



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan polis atas insiden mata lebam yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam temu bual bersama Sin Chew Daily pengerusi Pakatan Harapan berkenaan berkata beliau "sangat marah" kepada polis semasa insiden mata lebam bekas timbalannya itu pada 1998.

Ia terjadi selepas Anwar ditahan polis sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Kata Dr Mahathir pada awalnya polis enggan memberitahu keadaan Anwar itu kepadanya.


Loading...

"Saya sangat marah kepada polis, kerana saya tanya mereka: mengapa kamu tidak bicarakan dia (Anwar)?

"Mula-mula mereka tak mahu beritahu saya. Hanya kemudian mereka maklumkan bahawa mereka menyebabkan mata dia (Anwar) lebam," katanya.
Keadaan itu kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan boleh mencetuskan keadaan yang sukar apabila Anwar dibawa ke penjara.

"Tetapi saya berkeras mereka mesti ke mahkamah (untuk mendakwa Anwar)," katanya.

Anwar ditahan polis beberapa hari selepas dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Umum melihat tindakan itu diambil selepas Dr Mahathir menganggap Anwar mengancam kedudukannya.

Anwar pula bertegas mendakwa langkah pemecatan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya bermotifkan politik.

Ketika kali pertama dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Anwar muncul dari kenderaan polis dengan mata kirinya lebam. Ia menimbulkan kemarahan banyak orang dan melahirkan gerakan reformasi bagi mengetepikan Dr Mahathir.

Mata lebam Anwar itu juga menarik perhatian dunia.

Hasil siasatan mendapati Tan Sri Rahim Noor bertanggungjawab atas insiden mata lebam berkenaan. Beliau ialah ketua polis negara pada ketika itu.

Rahim meletak jawatan pada Jan 1999. Selepas dibicarakan Rahi didapati bersalah dan dihukum penjara dua bulan serta denda RM2,000.

- Malaysiakini

No comments

Loading...