Header Ads

Loading...

Mahathir Bekas Sifu Saya, Kata Nazri



Ketika wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diminta menyertai sesi rapid-fire (soal jawab pantas), di mana beliau menyebut apa yang muncul dalam fikirannya apabila ditanya tentang nama, tempat atau sebarang objek.

Dan ketika tiba giliran nama Tun Dr Mahathir Mohamad disebut, beliau tanpa ragu-ragu menjawab: "bekas sifu (guru)."

Beliau adalah pengkritik Mahathir paling lantang sejak bekas perdana menteri itu mula menyerang Datuk Seri Najib Razak, namun menurut Nazri beliau sebenarnya tidak gembira melakukannya.


Loading...

Perbezaan politik tidak mengurangkan perasaan hormatnya kepada Mahathir. Nazri berkata beliau mula mengagumi tokoh itu sejak menjadi pelajar undang-undang di England ketika Mahathir berucap dalam program di sana.

"Ketika saya menyerangnya, adakah anda rasa ia datang dari sini?" kata Nazri, tangannya menunjuk ke arah dada dan kepalanya.
"Ia sangat menyakitkan...tetapi beliau menyerang bos saya sekarang," katanya lagi.

"Jika saya menyerang (Mahathir) hari ini, bukan kerana saya tidak suka beliau. Kita perlu profesional. Beliau menyerang kami dan kami tidak boleh hanya berdiam diri.

"Saya perlu pertahankan perdana menteri. Dr Mahathir adalah nama besar dan tidak mudah untuk menghentamnya...Anda perlu pejam mata dan (lakukannya saja)," katanya lagi.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu menyifatkan dirinya sebagai "komando" bagi Najib dan menyifatkan perdana menteri sebagai kawan rapatnya.
Justeru beliau berkata Mahathir sepatutnya sudah menjangka balasan "dua kali ganda" daripadanya setiap kali beliau menyerang Najib.

Mahathir ajar saya jadi kurang ajar

Mengimbas kembali saatnya dilantik Mahathir sebagai menteri, beliau berkata ia merupakan detik yang amat menggembirakan dan tidak pernah dibayangkannya ketika masih bergelar mahasiswa.

"Saya tidak pernah alami perasaan itu sebelumnya. Kegembiraan dilantik sebagai menteri ketika zamannya (Mahathir).

"Beliau sentiasa merupakan mentor saya...Beliau ajar saya untuk mempertahankan presiden (Umno). Tetapi beliau bukan lagi presiden," katanya.
Katanya, antara perkara yang dipelajari dariapda Mahathir termasuklah pendekatan "kurang ajar" dalam politik.

"Mahathir ajar saya untuk bertindak seperti ini. Saya tidak boleh berubah lagi. Dulu beliau kata orang Melayu perlu belajar menjadi kurang ajar.

"Saya ikut (tunjuk ajarnya)...Beliau sifu saya," katanya lagi, memetik surat terbuka Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman sebagai contoh.

- Malaysiakini

No comments

Loading...