Header Ads

Mahathir Ada Kuasa ‘Nujum’


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah mempunyai kuasa ‘nujum’ apabila dapat membayangkan kekalahan teruk beliau bersama konco-konco pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini berikutan tindakan pantas beliau membuat pendedahan kepada penyokong serta memanipulasi fikiran rakyat ‘mencipta’ alasan kononnya PRU kali ini paling kotor dalam sejarah dunia.

Bagaimanapun, menurut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Mahathir adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan kuasa politik itu terus kekal bersama beliau.

Bekas naib pengerusi DAP itu berkata, Mahathir juga kekal komited dalam memastikan kelangsungan politk dan masa depan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebenarnya terjamin selepas ketiadaan beliau.


Loading...

“Sudah tentu segala macam tuduhan serta dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebenarnya tidak masuk akal, kita juga tertanya-tanya bagaimana beliau boleh meneka dengan tepat apa yang bakal berlaku pada PRU kelak.

“Beliau sebenarnya sedang menyiapkan para penyokongnya untuk berdepan dengan kekalahan teruk pembangkang kerana sokongan ‘besar’ dan majoriti daripada rakyat sebenarnya tidak wujud seperti yang didakwa.

“Seandainya kalah kelak, senang untuk beliau menuding jari terhadap sistem pilihan raya kita. Pemikiran rakyat cuba di racun olehnya agar terus membenci kerajaan kerana manipulasi undi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara dan mungkin di dunia tidak lama lagi.

Mahathir mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang mempersiapkan taktik untuk memastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara dalam apa jua cara.

Bagaimanapun, Mahathir tidak dapat menunjukkan sebarang bukti yang secukupnya bagi memperkukuhkan tuduhan tersebut sebaliknya berkemungkinan besar partinya tidak akan mendapat kelulusan pendaftaran.

Dalam pada itu, Tunku Aziz yang juga merupakan Pengasas Transparency International Malaysia berkata, Mahathir juga kelihatan begitu tergesa-gesa bagi memastikan agenda peribadi beliau untuk memastikan Mukhriz di angkat menjadi Perdana Menteri secepat mungkin.

“Dengan umur 94, Mahathir jelas kelihatan begitu terdesak dengan tindak tanduknya sejak akhir-akhir ini yang gemar mengeluarkan dakwaan tidak benar.

“Beliau tergesa-gesa untuk memastikan anaknya menjadi Perdana Menteri seperti beliau satu hari nanti.

“Demi Mukhirz, Mahathir akan berbuat apa sahaja sebenarnya. Menuduh kerajaan cuba melakukan penipuan pada PRU akan datang bukan sahaja tidak logik malah satu tindakan terdesak amat sangat,” ujarnya.

Tambah Tunku Aziz, Mahathir akan berbuat apa sahaja termasuk memporak perandakan keharmonian negara dan fikiran rakyat terus di racun kerana kemaruk kuasa.

“Tetapi harus di ingat, rakyat kini bukan boleh senang diperbodohkan. Mereka sebenarnya nampak apa yang pernah dan telah di lakukan oleh Mahathir sendiri sebelum ini.

“Sehingga kini, jasa serta sumbangan pembangkang mendahulukan rakyat juga boleh dibilang dengan jari, mereka lebih aktif membangkang dan menyalahkan segala macam inisiatif baik yang di lakukan oleh kerajaan,” tegasnya.

– theRakyat

No comments

Loading...