Header Ads

Loading...

Lari Daripada Polis, Mat Gian Tertelan Gigi Palsu


PENDANG – Usaha seorang penagih dadah veteran melarikan diri daripada polis membawa padah apabila dia tersungkur kedalam longkan dan tertelan gigi palsunya.

‘Mat gian’ berumur 62 tahun tersebut bersama beberapa rakan lain didapati sedang menagih dadah di sebuah tempat yang dkenali mereka sebagai ‘port mandu’ sebelum diserbu pihak berkuasa.

Tempat yang menjadi kawasan menagih mereka itu terletak di sebuah kebun kelapa sawit di Kilang Kechil, di sini.

Operasi serbuan tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang.

Akibat terperanjat dengan serbuan tersebut, lelaki warga emas tersebut berlari lintang pukang  bersama seorang lagi rakannya daripada pihak berkuasa sehingga jatuh tersungkur di dalam longkang.

Lapor Harian Metro, lelaki tersebut mengalami luka dia bahagian gusi bawah dan bahagian kakinya serta tertelan gigi palsunya akibat insiden tergoleknya itu sebelum mereka berdua ditahan pihak polis.

Selain mereka, sembilan lagi penagih dadah berjaya ditahan dalam operasi tersebut yang dijalankan petang semalam.

Lelaki veteran yang ditahan itu mengakui masih berada di bawah pengawasan AADK sudah menagih dadah sejak lebih 10 tahun lalu serta mempunyai lima orang cucu.

Dia juga mengakui bahawa isterinya tidak tahu akan aktiviti waktu petangnya untuk ke port tersebut bagi mendapatkan ‘ubat’nya setiap petang.

“Pak cik ke sini nak ambil ubat, kawan yang bawa motor tadi, terkejut diserbu polis tadi lari jatuh tak sedar tertelan gigi,

“Nak buat macam mana, sekali dah terkena, saya cakap dengan isteri nak pergi kerja, tapi saya mai (datang) sini nak beli dadah,” katanya memetik portal Astro Awani.
Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim, kebanyakan penagih yang ditahan merupakan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada serbuan sebelum ini.

Terdahulu, operasi sebuan turut dijalankan di kawasan kebun getah Kampung Paya Kerchut, juga di sini dan menyaksikan ramai daripada mereka terlepas.

Tambahnya, daripada 11 orang yang ditahan, tiga daripadanya memiliki dadah heroin dan kesemua daripada mereka positif dadah tersebut.

“Hasil ujian awal saringan air kencing terhadap mereka mendapati kesemuanya positif dadah jenis heroin.

“Kita turut merampas lima tiub straw dan dua paket plastik kecil berisi heroin dan jumlah beratnya masih dalam siasatan,” katanya kepada akhbar tersebut.

Jelas Fadzil, kawasan berkenaan dipercayai aktif sejak kira-kira sebulan yang lalu dan beroperasi dari awal pagi hingga senja oleh penagih yang datang bagi melepaskan gian.


Fadzil berkata, kawasan itu dipercayai aktif sejak sebulan lalu dan dikatakan beroperasi dari awal pagi hingga senja oleh penagih yang datang untuk melepaskan gian.

Tiga suspek yang memiliki dadah itu diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Sementara lapan lain yang ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

- Mynewshub

No comments

Loading...