Header Ads

Lagi Ahli Bersatu Kecewa



ALOR SETAR - Bersatu Pendang meluahkan kekecewaan terhadap parti mereka selepas pelbagai isu yang timbul gagal diatasi pucuk pimpinan.

Ketua Keselamatan Parti Bersatu, Parlimen Pendang, Nizam Lam berkata, mereka terpaksa mendedahkannya di sidang media kerana banyak saluran cuba dikemukakan namun gagal.

Beliau turut mengakui, lebih daripada 1,000 ahli parti dari seluruh Kedah menghubunginya menyatakan perkara sama.

Loading...


“Adakah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden) juga akan menyatakan saya juga bukan ahli Bersatu Kedah? Seperti yang dikatakan kepada rakan-rakan saya dari Bersatu Jerai dan Merbok pada esok hari selepas mereka meluahkan hal dalaman parti kepada pihak media.

“Saya menyertai Bersatu kerana beranggapan parti ini adalah sebuah parti yang terbaik antara lain, namun apabila berada di dalam parti, saya mendapati inilah parti paling teruk di Malaysia,” katanya, pada sidang media, di Hotel Seri Malaysia, di sini, petang tadi.

Menurutnya, sekiranya isu seperti kekayaan luar biasa keluarga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad masih tiada lagi jawapan, bagaimana mereka ingin berkempen dan memberi penjelasan kepada akar umbi.

“Selesaikan masalah parti dahulu, sebelum nak selamatkan Malaysia, parti pun celaru tapi nak selamatkan Malaysia macam mana?

“Pucuk pimpinan di pusat juga wajib dengar keluhan ahli di bawah. Parti dikuasai oleh orang-orang terkaya serta anak-anak terkaya tapi minta derma lagi daripada kami yang susah ini. Sepatutnya isu minta derma tak perlu diwayangkan pada kami yang susah ini,” katanya.

Nizam berkata, kepimpinan diharap tidak mengambil tindakan pemecatan kerana mereka masih sayang pada parti itu.

“Dalam masa sama, kami berharap kemelut-kemelut dalaman parti dapat diselesaikan dalam kadar segera, jangan sampai ahli membenci parti ini,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...