Header Ads

Loading...

Kerajaan Sedia Ada Sentiasa Bertanggungjawab: Agon



KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, mengalu-alukan langkah kerajaan menangani isu-isu rakyat, terutamanya berhubung kos sara hidup.

Baginda bertitah, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif  bagi meringankan beban rakyat termasuklah beberapa pelaksanaan program baharu yang akan diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat.


Loading...

"Beta percaya lebih banyak lagi insiatif akan diperkenalkan berikutan langkah kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi merangka program bersesuaian yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban rakyat," Dalam ucapan perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13 hari ini.

Dalam pada itu, baginda percaya kerajaan sedia ada sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara kesejahteraan hidup rakyat.

"Kerajaan Beta akan terus menyediakan peruntukan bagi melaksanakan lebih banyak program dan projek berpaksikan rakyat demi kesejahteraan mereka.

"Subsidi dan bantuan bersasar akan disediakan kepada golongan yang memerlukan," titah baginda.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 5 April, sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari mulai 16 hingga 30 April.

- Sinar Harian

No comments

Loading...