Header Ads

‘Kenapa Gam Usul 1MDB Di Parlimen?’



KUALA LUMPUR – Tindakan Dewan Rakyat menolak usul Ahli Parlimen pembangkang berkaitan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengukuhkan lagi pandangan rakyat penyelewengan dana itu dan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low ada kaitan dengan kerajaan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, apabila kerajaan mengambil pendekatan gam, tutup dan juga mengharamkan sebarang soalan mengenai 1MDB akan mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa banyak perkara salah mengenai 1MDB.

 “Begitu juga anggapan bahawa Jho Low ini orang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat laba daripada wang 1MDB yang dilarikan, jadi pendekatan ‘gam' isu 1MDB itu sebenarnya tidak membantu Kerajaan Malaysia.


Loading...

 “Jadi kalau pun pentadbiran Najib rasa mereka boleh tutup berita 1MDB di Parlimen tetapi mereka tak boleh tutup di luar,” katanya kepada Sinar Harian.

 Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau faham niat pentadbiran Najib yang tidak mahu berita skandal 1MDB keluar namun kini, isu ini bukan lagi sekadar berita dalaman kerana ia sedang disiasat di enam buah negara di dunia.

 “Berita 1MDB bukan lagi berita Malaysia, ia adalah berita dunia yang  sering mendapat liputan meluas kerana ia telah memalukan negara.

"Ia lebih baik kalau dibahaskan di Parlimen dan diterangkan dan kalau betul tidak ada apa-apa yang disembunyikan saya tak faham kenapa dia takut untuk menjawab di Parlimen," katanya.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini dan menghampiri PRU14, isu 1MDB akan terus menjadi tumpuan rakyat kerana ia sudah berada di luar kawalan kerajaan Malaysia baik di Parlimen, atau di peringkat undang-undang dan juga media kerana ia adalah skandal kewangan paling besar di dunia.


 "Sudah tentu setiap hari ada sahaja berita berkenaan 1MDB yang akan dimainkan oleh media dari seluruh dunia.

 “Jadi kenapa mereka nak gam di Parlimen? Saya sudah tak terkejut apabila soalan-soalan ahli Parlimen mengenai 1MDB terus ditolak, soalan saya pun ditolak,” kata Rafizi lagi.

 Menurut Rafizi, adalah lebih baik jika dibahaskan di Parlimen dan diterangkan jika benar tidak ada apa-apa yang disembunyikan.

 “Saya tak faham kenapa dia takut untuk menjawab kalau berita-berita skandal itu tidak benar,” 

“Tapi bagi saya laporan 1MDB begitu merosakkan nama kerajaan. Oleh itu, mereka terpaksa jawab di Parlimen,” desak beliau.

- Sinar Harian

No comments

Loading...