Header Ads

Loading...

Kemalangan Gerik : Tiga Maut, Superbike Terbelah Dua


GERIK: Tiga orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal berkuasa tinggi (superbike) dan sebuah kereta di KM24 Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli pada petang Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa Ahmad Shadrul Amin Mohd Sauki, 22 tahun, yang memandu kenderaan jenis Perodua Bezza, maut di tempat kejadian bersama seorang penunggang superbike yang ketika itu sedang berkonvoi.

Loading...
Mangsa yang ketiga, seorang lagi penunggang superbike, disahkan meninggal dunia sekitar 7.25 petang di Hospital Gerik. Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata siasatan awal mendapati Perodua Bezza itu sedang dalam perjalanan ke Gerik manakala dua penunggang superbike terbabit sedang berkonvoi dari arah bertentangan.

Salah satu superbike yang terlibat dalam kemalangan itu terbelah dua ekoran rempuhan dengan sebuah Perodua Bezza. - Foto ihsan Bomba

"Setibanya di lokasi kejadian, iaitu laluan selekoh yang mendaki dari arah Gerik, kereta Bezza itu telah bergesel dengan salah sebuah superbike berkenaan.

"Sebuah lagi superbike yang berada di belakang, dipercayai telah mengelak ke bahagian kiri dan terbabas sebelum melanggar tembok jalan, manakala kereta Bezza itu berpusing dan melanggar penghadang besi, juga di bahagian kiri jalan.

"Superbike yang sebelum ini bergesel dengan kereta tersebut kemudian terbabas ke kiri jalan dan penunggangnya tercampak ke dalam longkang di kiri jalan menghala ke Jeli," katanya dalam sebuah kenyataan media di sini, hari ini.



Salah seorang penunggang superbike tercampak ke dalam longkang. - Foto ihsan Bomba

Ismail berkata, ekoran rempuhan itu, tiga orang maut termasuk Ahmad Shadrul yang merupakan seorang pelajar pembantu perubatan di Alor Setar, manakala penumpangnya yang ketika itu duduk di bahagian hadapan mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Taiping.

No comments

Loading...