Header Ads

Loading...

" Kalau Ada Orang Lalu Depan Kita Masa Tengah Solat, Batal Ke ?"


Ketika saf wanita sedang solat mengikut iman, kemudian terdapat seorang wanita lain tiba-tiba melintas dihadapan mereka.  Adakah solat mereka tadi akan batal?

Entri kali ini akan menjelaskan hukum melintas dihadapan orang yang sedang mengerjakan solat.  Apakah batal solat seseorang itu atau bagaiman mengelakkan daripada situasi ini berlaku lagi.

Perkongsian daripada ustaz Faisal (@acaiijawe) melalu laman Twitter miliknya menerangkan hukum permasalahan diatas.  Semoga perkongsian beliau memberi pencerahan kepada anda yang masih ragu-ragu jika berlakunya kejadian seperti ini.Mari baca entri kami seperti dibawah.

Loading...

Larangan (pengharaman) lalu di hadapan orang yang sedang bersolat itu bila mereka solat bersendirian dan ada sutrah (penghalang) di depannya.

Bila solat berjemaah, sutrah kita mengikut imam. Jadi takde masalah bila orang lalu lalang antara saf.

Tak perlu hadang & marah.
— Acaii Jawe (@acaiijawe) March 8, 2018

Sutrah itu adalah satu batas penghalang yang diletakkan sebagai tanda di hadapan orang solat sama ada beg, dinding, tiang ataupun orang.

Haram lalu dalam kawasan sutrah. Orang yang solat boleh halang dengan tangan bila ada orang nak lalu di depannya.
— Acaii Jawe (@acaiijawe) March 8, 2018

Tapi orang kita yang tak faham, bila solat berjemaah dan adalah hamba Allah ni lalu antara saf. Punyalah ramai orang halang dia dari lalu.

Kasihan dia.

Dia dah batal solat nak keluar ambil wudhuk semula. Takkanlah nak terbang atas jemaah kot.
— Acaii Jawe (@acaiijawe) March 8, 2018

Dalam Hadis Bukhari dan Muslim, Ibn Abbas lalu di depan orang yang sedang solat berjemaah naik keldai.


Kemudian beliau masuk ke dalam saf dan biarkan keldainya lepas cari makan. Tiada siapa menegur beliau termasuk Rasulullah yang jadi imam ketika itu.
— Acaii Jawe (@acaiijawe) March 8, 2018

Kita solat ni bukannya jadi robot dan membatu tak boleh gerak ke kiri kanan. Itu bukannya syarat khusyuk.

Kalau ada orang nak lalu, kita boleh menganjak bagi ruang. Kita boleh ke depan kebelakang kalau ada keperluan/halangan.
— Acaii Jawe (@acaiijawe) March 8, 2018

Contohnya kalau kita solat masbuk dan kebetulan ketika imam bagi dah salam, posisi kita betul-betul depan pintu dan menghalang orang nak keluar masjid.

Kita boleh je menganjak ke hadapan untuk bagi ruang orang lalu lalang. Begitu juga keadaan lain seumpamanya.
— Acaii Jawe (@acaiijawe) March 8, 2018

MalaysianUpdate.com

No comments

Loading...