Header Ads

Ikut Calon Dipilih Harapan Jika Mahu Menang



SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan parti komponen itu untuk tidak sabotaj keputusan yang dibuat dalam perbincangan termasuk soal calon PRU14.

Katanya, sebagai gabungan parti campuran, semestinya tidak akan memuaskan hati semua pihak termasuk berhadapan konflik.

"Jadi semua pihak perlu lupakan kepentingan lain, melainkan kemenangan Harapan.


Loading...

"Terima sesiapa yang dicalonkan, jika kita sanggup terima, saya yakin kita boleh menang," katanya ketika menyampaikan ucaptama semasa pelancaran manifesto Pakatan Harapan malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, Manifesto bertemakan Membina Negara, Memenuhi Harapan itu menggariskan lima teras utama, 10 janji 100 hari, 60 janji lima tahun dan lima iltizam khusus Harapan.

Tun Mahathir berkata, apabila bercantum parti akan menjadi lebih kuat yang akan membawa kemenangan.

"Dalam keadaan ini, walaupun sukar bagi Harapan untuk kalah, kita tetap kena kerja kuat dan jangan bergaduh nanti orang naik meluat," katanya.

No comments

Loading...