Header Ads

Loading...

Hentikan Kempen Menghina Etnik Bugis -- PPBMI



JAKARTA --  Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) berharap anggota politik tertentu di Malaysia tidak mempergunakan isu etnik Bugis dalam kempen meraih sokongan atau undi menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-14.

Ketua Umum PPBMI Arwin Welhalmina berkata parti-parti  politik tertentu di Malaysia harus sedar bahawa mempergunakan isu itu dalam kempen mereka hanya  akan memberi  kesan buruk kepada hubungan Malaysia dan Indonesia.

"Harapan kami agar stigma negatif yang wujud susulan daripada insiden ucapan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad tempoh  hari mengenai etnik Bugis tidak berulang lagi dalam usaha menjamin kelangsungan hubungan baik kedua-dua negara.


Loading...

"Elemen  etnik tidak boleh dieksploitasi dalam mana-mana pentas politik," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di sini hari ini.

PPBMI  merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki 11 cawangan menghimpunkan sekitar 2,000 anggota dari kalangan orang muda etnik Bugis di seluruh Indonesia.

Dr Mahathir ketika berucap pada perhimpunan 14 Okt tahun lepas mengaitkan keturunan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak  sebagai keturunan "lanun Bugis".

Arwin sebelum ini turut mendesak Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.       

-- BERNAMA

No comments

Loading...