Header Ads

Hapus GST Tambah Beban Hutang Negara


KUALA LUMPUR - Saranan pihak tertentu agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan, hanya akan memberikan pelbagai kesan negatif kepada pentadbiran termasuk boleh menambah bebanan hutang negara.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, pelaksanaan GST seharusnya diteruskan agar tidak menjejaskan pentadbiran negara.

“Sebelum GST diperkenalkan, kerajaan melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan kutipan di antara RM17 ke RM18 bilion setahun.

Loading...


“Apabila GST dilaksanakan, kutipan cukai tahunan negara berjaya dipertingkatkan sehingga mencapai RM45 ke RM50 bilion setahun,” katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, GST dilaksanakan untuk menampung kekurangan pendapatan negara akibat situasi dunia termasuk kejatuhan harga minyak.

“Peningkatan cukai berlaku kerana pelaksanaan GST lebih telus dan tiada mana-mana pihak terlepas daripada membayar cukai termasuk orang tengah,” katanya.

Beberapa pihak khususnya daripada pembangkang sebelum ini menggesa agar kerajaan memansuhkan pelaksanaan GST.

- Sinar Harian

No comments

Loading...