Header Ads

Guan Eng: Dr M Tak Jadi PM Kalau Had 2 Penggal Diundur



GEORGE TOWN: Cadangan mengehadkan 2 penggal untuk jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri tidak akan mengambil kira penggal perkhidmatan sebelum ini, kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Lim Guan Eng.

Ini kerana Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berkhidmat lebih daripada 2 penggal sebagai perdana menteri dan tidak boleh memegang jawatan lagi.

Dr Mahathir adalah calon perdana menteri PH tetapi berkata akan memberi laluan kepada pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaik sahaja layak bertanding pilihan raya.


Loading...

Semalam, Lim mengumumkan cadangan had 2 penggal akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum gabungan pembangkang.

“China memutuskan untuk membuang had penggal untuk presidennya dan ia diterima baik oleh presiden Amerika Syarikat. Ia kelihatan seperti 2 negara paling berkuasa sependapat.

“Tetapi kami berpendapat sudah tiba masa melaksanakan had penggal…selepas beberapa kali perbincangan dengan pemimpin PH, kami akhirnya mencapai kata putus.

“Ini akan dilaksanakan bermula penggal seterusnya. Ia tidak boleh dilaksanakan secara retrospektif, kerana jika tidak, Dr Mahathir tidak dapat menjadi PM,” katanya kepada pemberita di Komtar hari ini.

Lim menambah para menteri dan exco negeri dikecualikan daripada had penggal itu.

Beliau berkata had penggal akan dilaksanakan jika PH memenangi 2/3 majoriti pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri sejak 1981 hingga 2003, berkata tempoh 2 tahun mencukupi untuk beliau selesaikan masalah yang disebabkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tindakan PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mencetuskan pelbagai reaksi.

Pihak yang mempertanggungjawabkan beliau atas keputusan yang menghakis kebebasan institusi negara dan mengekang kebebasan sivil menentang keputusan itu.

Ahli politik Gerakan Tan Keng Liang juga dilaporkan berkata had penggal harus dikuatkuasakan ke atas Lim yang kini berkhidmat sebagai ketua menteri Pulau PInang buat penggal ke-2.

- FMT

No comments

Loading...