Header Ads

Loading...

Gambar Pemimpin Umno Duduk Semeja Bersama Pembangkang Tular



BALING - Gambar Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar duduk semeja menjadi tular di media sosial malam tadi.

Turut kelihatan bersama, pegawai kepada Timbalan Presiden Bersatu Mohd Khairil Othman dan AJK Umno Bahagian Baling, Mohd Taufik Yaacob.

Mahfuz ketika dihubungi mengesahkan pertemuan itu berlangsung di lapangan terbang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim) dua hari lalu.


Loading...

“Kami jumpa di airport  Alor Setar. Saya nak ke sidang Parlimen di Kuala Lumpur. Azmi pun nak pi Kuala Lumpur juga sebab perasmian sidang Parlimen.

“Pegawai Mukhriz pula nak hantar isterinya ke Kuala Lumpur. Kami jumpa dalam 12.45 tengah hari dan naik pesawat jam 1.50 petang,” katanya.

Bekas pemimpin Pas itu juga mengakui perbualan mereka ketika itu berkisarkan politik.

“Orang politik tentu la sembang politik,” katanya.

Azmi pemimpin Umno paling mencuri tumpuan di Baling kerana sikap terbukanya dengan pembangkang, manakala Taufik pula dikaitkan dengan keinginan bertanding di Dun Bayu pada PRU14.

- Sinar Harian

No comments

Loading...