Header Ads

Loading...

Dr Mahathir Tidak Bertanggungjawab, Salahkan Polis Dalam Kes Anwar



KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai individu yang tidak bertanggungjawab selepas menuduh pihak polis mendorong beliau untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 atas kesalahan rasuah dan liwat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa, beliau mendengar sendiri bagaimana bekas Perdana Menteri itu pernah berkata bahawa dirinya telah menemubual mangsa-mangsa pada ketika itu, dan langsung tidak pernah menyebut tentang campur tangan polis berhubung kes berkenaan.


Loading...

Jelas beliau, pada masa itu semua pihak mempercayai Dr. Mahathir kerana mana mungkin beliau berbohong tentang sesuatu perkara yang serius dan berat seperti itu.

“Saya nak timbulkan sesuatu, kalau tak silap semalam Dr. Mahathir cuba mengubah persepsi, dia kata yang tangkap Anwar ini, yang pergi dakwa Anwar ini semua (adalah kerja) polis bukan dia, jadi terang-terang depan rakyat satu Malaysia ini.

“Kita ini (saksi) semua hidup lagi. dia kata dulu, saya dengar sendiri dia kata pasal kes Anwar, dia kata dah panggil semua mangsa-mangsa dan temu bual sendiri mangsa. Macam mana dia boleh buat macam ini, ini bukan benda kecil, seluruh pasukan polis dan bekas ketua polis macam mana sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam forum Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Memahami Mahathirism di Facebook UMNO Online, di sini hari ini.

- Utusan Online

No comments

Loading...