Header Ads

Loading...

Dr M: 'Tahaluf Siyasi Konon'



Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir pendekatan politik PAS yang digambarkannya rapat dengan Umno, bekas musuh politik parti itu.

Beliau mengingatkan bagaimana PAS didakwa bekerjasama dengan Umno, parti yang dikatakan pernah dikafirkannya sebelum ini.

Begitu juga bersama DAP, rakan yang kini menjadi sekutu, melalui Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lima tahun lalu.


Loading...

“PAS kafirkan Umno. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan Umno bukan untuk kemenangan PAS. Ia untuk kemenangan Umno.

“Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa apabila tolong Umno menang.

“Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf siyasi (kerjasama politik) konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang salah tidak salah,” katanya.

PAS sebelum ini menjelaskan mereka bersedia bekerjasama dengan mana-mana dalam urusan berkaitan kepentingan Islam.

Mahathir turut mengungkit dakwaan PAS menerima wang daripada Umno, seperti ditimbulkan AMANAH Kelantan melalui rakaman suara 18 minit oleh suara mirip Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz.

“Tanya Nik Abduh,” katanya.

Nik Abduh pada 28 Februari lalu menyifatkan dakwaan itu “karut, mengarut dan fitnah”.

Rakaman itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.

- Malaysiakini

No comments

Loading...