Header Ads

Dr M: Kami Ada Alternatif Lain Jika PPBM Dibubar



TANAH MERAH: PPBM mendakwa mempunyai pelan alternatif jika parti itu dibubarkan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pelan itu akan dilaksanakan jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengambil keputusan membubarkan PPBM.


Loading...

“Kita ada pelan B dan C, dan kita akan perkenalkan cara ini apabila kita sudah diberitahu (PPBM dibubarkan)…kita kena guna cara lain,” katanya pada Program Jelajah Harapan Kelantan hari ini.

Semalam, JPPM mengeluarkan notis kepada PPBM yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti, atau berdepan risiko dibubarkan.

Ia bagi melengkapkan siasatan susulan aduan yang dikemukakan ahli PPBM kepada JPPM.

-FMT

No comments

Loading...