Header Ads

Diceraikan Suami: Perlu Dimaklumkan Setiap Hari



WANITA ini hilang daya ingatan akibat sejenis penyakit dikenali sebagai porphyria yang menjejaskan ingatan jangka pendek. Setiap hari dia menyangka suaminya keluar bekerja hingga terpaksa diberitahu bahawa suaminya telah meninggalkannya pada bulan November tahun lepas.

Keadaan ini menyebabkan Veronika Mescheryakova, 29, dari Kazan, Rusia, akan menangis tatkala keluarganya memberitahu bahawa suaminya, telah menceraikannya.

Dia langsung tidak ingat saat di mana suaminya keluar dari rumah hingga setiap hari terpaksa dimaklumkan mengenai perkara itu.


Loading...

Punca perceraian mereka bagaimanapun tidak didedahkan. Mereka berkahwin ketika Veronika masih sihat.

Mengharukan kerana Veronika bukan sahaja hilang memori malah dia juga tidak boleh berjalan.

Dia kini dibantu oleh ibunya menjalani rawatan psikoterapi dan berharap suatu masa nanti dia boleh berjalan semula serta boleh bertemu dengan bekas suaminya.

Walaupun telah menjalani pembedahan untuk mengurangkan simptom-simptom penyakitnya itu, namun gagal.

Berita mengenai Veronika itu telah disiarkan oleh media tempatan. 




– Mynewshub.cc

No comments

Loading...