Header Ads

Loading...

Desak SPRM Dedah Siasatan Kekayaan Keluarga Tun M



ALOR SETAR - Kira-kira 30 orang menyertai himpunan aman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan siasatan berhubung kekayaan keluarga Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wakil himpunan merangkap Ahli Pas Kawasan Gombak, Mohd Rozi Rashid berkata, pihaknya berasa hairan atas kekayaan dimiliki seluruh ahli keluarga bekas perdana menteri itu.


Loading...
Katanya, dahulu, pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Rafizi, Mohd Sabu dan yang lain tidak henti-henti mendedahkan perkara ini antara tahun 199 hingga 2017.

"Tapi pembangkang dilihat mendiamkan diri berhubung isu itu apabila beliau menyertai pakatan pembangkang," katanya pada sidang media selepas himpunan di Masjid Derga, di sini, tadi.

Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Pemuda Gagasan Sejahtera Kedah, akar umbi Pas Pokok Sena dan NGO Islam Kedah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Derga, Jalan Langgar di sini.

- Sinar Harian

No comments

Loading...