Header Ads

Bung: Equanimity Milik Orang Malaysia 'Berita Palsu'



Anggota parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata dakwaan kapal mewah Equanimity milik rakyat Malaysia adalah “berita palsu”.

“Ini contoh pembangkang suka menyebar berita palsu.

“Mana ada mahkamah sahkan kapal ini milik rakyat Malaysia. Mana?” kata Bung ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sindiran anggota parlimen Batu Tian Chua bahawa rakyat Malaysia tidak miskin kerana mempunyai bot mewah yang dirampas di Bali.


Loading...

“Terkenal seluruh dunia negara kita maju.

“Dan orang kaya yang boleh miliki satu kapal layar, (yang saya) rasa Robert Kuok pun tak mampu.

“Kebanggaan rakyat Malaysia kerana mempunyai tokoh mempunyai kapal layar,” kata Chua merujuk kepada ahli perniagaan kontroversi kelahiran Pulau Pinang Jho Low.

Kuok, bekas 'raja gula' Malaysia adalah orang paling kaya di Malaysia.

Sementara itu, menjawab Bung, Chua juga bertanya sama ada pihak berkuasa Indonesia yang merampas kapal itu turut menyebarkan berita palsu.

Bung kemudian menjawab apa yang berlaku sama seperti saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

“Macam DOJ. DOJ tidak boleh buktikan apa-apa sampai hari ini. Tak ada seorang pun dibawa ke mahkamah.

“Pembangkang balik-balik bohong,” katanya.

Equanimity dirampas minggu lalu dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti menunjukkan Low sebagai pemilik Equanimity.

Low melalui jurucakap berkata beliau kesal dengan tindakan DOJ yang meneruskan sitaan asetnya tanpa membuktikan kesalahan yang dikaitkan terhadapnya.

Dia juga berkata tindakan DOJ selama ini berdasarkan tuduhan salah, tidak berasas, tiada bukti serta bermotifkan politik.

- Malaysiakini

No comments

Loading...