Header Ads

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia


9 Mac - Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Pantai Dalam, lapor Malaysia Kini.

Perkara itu disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi Bernama, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal sebelum subuh.

Loading...

Tanpa mendedahkan punca Sanusi meninggal dunia, Aziman berkata jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

No comments

Loading...