Header Ads

Bekas Gitaris Rock Akui Bunuh Wanita Direman Seminggu



ALOR SETAR, 13 Mac — Seorang bekas gitaris sebuah kumpulan rock hari ini direman untuk siasatan kes pembunuhan wanita warga emas pada 25 Februari lalu.

Suspek direman sehingga 19 Mac selepas mengaku membunuh Kau Fu Eng, 71, dalam pergelutan ketika menyamun rumah mangsa di Taman Malaysia, Pumpong di sini, lapor Harian Metro.

Perintah reman dikeluarkan penolong kanan pendaftar Mahkamah Alor Setar Nor Azah Idris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata gitaris itu disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 44 tahun, asal Johor, ditahan di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu kes pecah rumah di Taman Golf di sini.

Suspek dan kumpulannya pernah melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1990 dan finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpulan Popular.
Semalam, timbalan ketua polis negara dilapor berkata motif pembunuhan ialah pecah rumah yang membawa kepada pergelutan sebelum kematian mangsa.

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek ada 17 rekod jenayah berkaitan dadah dan pecah rumah.

No comments

Loading...