Header Ads

Bekas Adun Sabak Sertai Bersatu



SABAK BERNAM - Bekas Adun Sabak dari BN pada PRU12 lalu, Datuk Warno Dogol secara rasmi memilih menyertai Bersatu sebagai ahli seumur hidup.

Penyertaan Warno, 58, itu diumumkan Ketua Bahagian Bersatu Sabak Bernam, Sallehudin Amiruddin pada Program Gelombang Rakyat Berani Berubah di Dataran Usahawan, Pekan Sabak, di sini, malam tadi, lapor Sinar Harian.

Spekulasi bekas pemangku Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menyertai parti itu timbul sejak beberapa bulan lalu termasuk mengaitkan beliau sebagai calon Bersatu bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada PRU14.


Loading...

Warno dalam ucapannya berkata, beliau menganggap penyertaannya ke dalam parti itu sebagai satu hijrah.

"Saya tidak pernah terfikir untuk saya bersama-sama dengan Pakatan Harapan kerana saya anggap ini merupakan satu hijrah.

"Semoga hijrah yang kita lakukan ini akan dapat membawa satu kejayaan kepada Harapan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada keseluruhan kepimpinan Bersatu yang telah memberi kebenaran untuk beliau meneruskan karier politik.

"Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketua bahagian bersatu Sabak Bernam (Sallehudin) dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengizinkan saya menyertai bersatu," katanya.

No comments

Loading...