Header Ads

Loading...

Bayi Maut, Ibu Terlupa Anak Tertinggal Dalam Kereta

KES kecuaian ibu bapa meninggalkan anak kecil di dalam kereta secara bersendirian bagaikan sudah biasa didengar dan alasan yang diberikan cuma satu iaitu ‘terlupa’.

Hari ini, seorang bayi perempuan berusia dua tahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas ‘ditinggalkan’ oleh ibunya sendiri selama empat jam di dalam sebuah kereta.

Loading...

Kejadian dikatakan berlaku di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad, kejadian malang itu berlaku sekitar jam 9 pagi tadi dan difahamkan juga ibu mangsa yang bekerja sebagai tenaga pengajar di kolej berkenaan telah membawanya ke sana.
Malangnya, ibu mangsa yang memandu kereta Proton Saga itu terlupa tentang kehadiran bayinya yang sepatutnya menemaninya sepanjang hari ini.
“Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.
“Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson,” katanya dipetik daripada Harian Metro. – 

No comments

Loading...