Header Ads

"Bang, Ada Budak 4 Tahun 'Bunuh' Adik 'Baru' Sebab Nak Dapat Balik Perhatian", Awas Ibu Bapa, Jangan Abai Cemburu Si Kecil


Memaklumkan si kecil yang tidak mengerti apa-apa, khusus pada usianya kurang dari 18 bulan untuk menerima kehadiran adik baru terkadang agak sukar.  Berbeza dengan kanak-kanak yang berusia lebih daripada 2 tahun yang mudah faham jika diberi penjelasan yang baik mengenai kehadiran adik baru sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Loading...


Sibling rivalry, antaranya merupakan masalah biasa terjadi kepada anak-anak yang menerima saudara baru dengan jarak usia yang dekat dan jantina yang sama.  Persaingan ini dipengaruhi beberapa faktor seperti perbezaan layanan ibu bapa dan perasaan tidak selamat dengan kewujudan adik baru.

Bukan mudah untuk kanak-kanak ini menerima situasi diatas, maka demi untuk menarik perhatian daripada ibu bapa, dia akan melakukan apa saja demi survival diri sebagai orang yang akan selalu disayangi oleh kedua orang tua.

Perkongsian daripada Muhammad Khalini Abdul Halim menceritakan kesan dan impak hebat seorang kanak-kanak yang sanggup 'membunuh' adiknya yang baru lahir kerana beranggapan jika adiknya tiada, maka ibunya akan kembali menyayanginya seperti sebelum ini.



Walaupun hanya berusia 4 tahun, namun jika pendekatan ibu bapa terhadap si kecil tersebut dipandang ringan, ia akan lebih memburukkan keadaan.  Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda tidak pernah hilang kepadanya.  Ikuti perkongsian dibawah semoga dapat dijadikan sebagai panduan terutama pada bakal ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata yang kedua.


" Bang, ada budak umur 4 tahun bunuh adik dia. Adik dia baby "

Pada malam tu aku memandu dalam kereta , isteri aku memang duduk belakang kereta bersama dengan anak-anak aku.

Isteri aku dengan tiba-tiba bangkitkan isu ni.Katanya kisah viral. Aku pun dengan tenang mendengarnya.

" Apa kisah lanjutnya sayang?"

Isteri aku cerita,budak 4 tahun ni lompat berulang kali ke atas adiknya yang baby tadi. Sehingga adik dia tidak bernyawa.

Ibunya pula yang perasan kejadian ni tidak sempat nak selamatkan anaknya yang baby tadi.

" Apa puncanya budak tu buat macam tu? Nak bermain ke?" Tanya aku.

Isteri aku kata, budak 4 tahun buat begitu kerana ramai berkata dengan dia yang mak dia tak sayangkan dia lagi kerana ada adik baru.

Budak 4 tahun ni beranggapan jika adik dia sudah tiada maka ibunya akan menyayanginya.

Masa ni aku tersentak, budak sekecil begitu pun sudah mengerti dan begitu mudah rasa kecil hati dan takut tidak disayangi oleh mak ayah.

Ye rakanku,


Biasa kan kita dengar orang luar atau kita sendiri pernah kata pada anak kita ayat sebegini :

"Habislah abam/kakak, mama dah ada adik baru. Sudah tidak sayangkan kamu lagi. "

Kita ataupun orang sekeliling sering ucapkan kata-kata ni kepada si kecil berulang-ulang kali tanpa memikirkan kesan emosi kepada si kecil ni tadi.

Dengan niat mengucapkan kata ini kepada si kecil hanyalah sekadar "gurauan mengusik".

Namun, bagi si kecil ianya kata-kata benar dan mudah mempercayai kata orang dewasa serta tidak tahu membezakan apakah itu gurauan.

Secara tidak sedar, bagi yang ungkapkan kata ini dah melukakan hati dan perasaan si kecil ini.

Secara tidak langsung si kecil boleh bertindak terlalu agresif kepada adiknya yang baby tadi.

Sepatutnya kita sebagai orang dewasa lebih elok ungkapkan kata pujian kepada si kecil ni seperti " bestnya ada adik, dah jadi seorang abang/kakak yang hebat".

Sahih atau tidak kisah ni aku pun tidak pasti.

Namun bagi aku, tidak sepatutnya kita ungkapkan :
"Habislah kamu, mak ayah tidak sayangkan kamu lagi sebab dah ada baby baru".

Mungkin orang lain ada pendapat sendiri.

Namun bagi aku, nak bergurau pun biar bertempat. Perlu fikirkan hati dan perasaan si kecil.

Kalau kau sendiri pun mudah sensitif dengan gurauan, inikan pula si kecil.

No comments

Loading...