Header Ads

'Amaran Buat Nazri, Jaga Mulut Anda’



KUALA LUMPUR - Siri pertikaman lidah antara MCA dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya masih hangat.

Hari ini sambutan ulang tahun ke-69 parti MCA, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada Nazri agar hati-hati dengan tutur katanya.

“Nazri jaga mulut anda, tak usah serang MCA dan katakan kami bukan kawan beliau.

“Jadi tidak penting apa yang Nazri gelarkan kami tapi harus berbalik kepada  isunya, tak perlu heret MCA dalam kemelut ini,” katanya ketika sidang media di Wisma MCA, di sini.


Loading...

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan mengingatkan Ahli Parlimen Padang Renggas itu supaya tidak memberi tunjuk ajar kepada MCA untuk menjalankan tanggungjawab parti kepada negara.

“Kami tahu tugas kami untuk pertahankan BN agar terus memerintah, tak perlu ajar. Kami tahu tugas kami.

“MCA mainkan peranan sebagai parti komponen BN yang mewakili komunti Cina , itu mudah. Kami hanya menjalankan tanggungjawab,” tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan sindiran Nazri susulan parti itu memanjangkan hal ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan mesyuarat kabinet tegang.

“Apa salahnya kami menyuarakan perasaan kami kepada Perdana Menteri? Kami cuma sampaikan perasaan komuniti Cina? Apa salahnya tanggungjawab kami?

“Najib ialah Presiden BN dan juga Presiden Umno, Nazri hanya ‘orang kecil’ dalam Umno, dan apa yang beliau katakan hanyalah tindakan tidak matang,” tambah beliau.

- Sinar Harian

No comments

Loading...