Header Ads

Loading...

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 Akan Disemak Semula



PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu perlu dilakukan memandangkan media hari ini didominasi media alternatif.

Jelas beliau, kerajaan sedar kebanyakan syarikat media tradisional baik media elektronik dan cetak hari ini menghadapi cabaran dari segi pendapatan yang kian berkurangan kerana majoriti kini lebih memilih media bukan tradisional.


Loading...

Dalam menghadapi cabaran tersebut, KDN harus dilihat sebagai rakan kongsi dan bukan pihak berkuasa yang terus memberi tekanan pada industri.

“KDN sedaya mungkin mahu supaya kebebasan penulisan dan penerbitan serta penyiaran bahan-bahan tidak terlalu terkongkong kepada garis panduan yang sedia ada.Pada hemat saya sesuai pada satu ketika dahulu tetapi harus dimodifikasikan dengan tanpa berkompromi tentang soal mengekalkan etika kewartawanan dan juga beberapa aspek yang lain”, beliau berucap pada Majlis Makan Tengah Hari bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Putrajaya.

Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012.

Tahun lepas, KDN telah mengeluarkan satu surat amaran tegas, dua surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan empat surat tunjuk sebab kepada media dan pencetak pada tahun lepas.

Pada majlis yang sama beliau turut mengumumkan tanda pagar #mediacouncil bagi mengumpul cadangan daripada pengamal media untuk memperkukuh dan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar relevan dengan situasi semasa.

- Berita RTM

No comments

Loading...