Header Ads

Loading...

Akan Berlaku Ketirisan Subsidi Bahan Bakar



LARUT – Manisfesto pembangkang yang mahu memperkenalkan kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran hanya akan menyebabkan berlakunya masalah ketirisan dan penyelewengan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ‘tawaran’ yang kononnya dijanjikan Pakatan Harapan itu tidak memberikan keadilan secara telus kepada pihak yang benar-benar memerlukan subsidi berkenaan.

“Banyak perkara ketirisan yang boleh berlaku, tindakan pembangkang itu tidak akan memberikan keadilan kepada rakyat terutamanya penduduk luar bandar kerana bukan semua rakyat di negara ini memiliki kenderaan.

Loading...


“Pembangkang juga hanya mahu meraih populariti kerana banyak  manifesto mereka yang tidak dilaksanakan sehingga kini berbanding 99 peratus manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program BizFair anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Arena Square, Batu Kurau di sini hari ini.

Turut hadir  Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Larut berkata, perkara itu menunjukkan ketelusan kerajaan dalam melunaskan janji kepada rakyat dan antara tunjang utama dalam mentadbir negara sehingga kini.

Tambahnya, tiada kerajaan di dunia yang mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan BN sentiasa berusaha melaksanakan dasar mensejahterakan rakyat.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan BN melakukan sesuatu yang bertanggungjawab dan kita mampu lakukannya demi kepentingan rakyat dan kumpulan (pembangkang) itu hanyalah Pakatan Harapan palsu sahaja,” katanya.

Hamzah mengulas manifesto pembangkang yang mahu memperkanal kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran yang akan diberikan untuk motosikal dengan enjin di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.

Manifesto yang diumumkan Pakatan Harapan malam tadi itu turut merangkumi 138 halamam lain dan janji mereka sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

- Mynewshub

No comments

Loading...