Header Ads

Ajal Dalam Perjalanan Ke Majlis kahwin Bekas Kekasih


Ajal maut, pertemuan dan jodoh sememangnya tidak dapat ditebak oleh manusia,tentu itu semua adalah urusan Allah yang maha kuasa dengan siapa kita kawin dan bila kita akan mati.

Sebuah tragedi sayu telah menimpa seorang lelaki yang di kenali sebagai Hasbi Assidik 26 baru-baru ini telah menjadi tular dilaman media sosial.

Mangsa dikatakan terlibat satu kemalangan dalam perjalan ke sebuah majlis bekas kekasihnya yang menikah dengan lelaki lain pada Ahad kelmarin di jalan pancing medan.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila Kotak berisi Al-Quran yang diduga berupa hadiah terdapat sebuah nota berbunyi


Loading...

” Terimaksih telah mengenalkanku kepada islam”

Sungguh pun engkau bukan jodohku,aku ikhlas dengan nama Allah dan aku berdoa untuk kebahagiaanmu”

Menurut sumber Syuhada yang mengenali Hasbi ,sahabatnya itu adalah seorang Muallaf berkuturunan Tiong Hua yang baru masuk islam 3 bulan lalu.

“Dia adalah rakan saya sejak sekolah lagi,dan baru masuk islam 3 bulan lalu,saya mengenali dia sudah lama dan dia ada beritahu saya bahwa dia telah meminang Sarah (kekasih) sebagai isterinya.

“Tapi kedua orang tua Sarah tidak memberikan restu dan mereka terpaksa berpisah kerana jodoh tidak ada”katanya.

Menurut syuhada lagi, Hasbi dan sarah sememangnya sudah lama berkawan,hasbi mulai menunjukkan minatnya kepada islam semenjak awal tahun 2016 lalu.

Sejak daripada itu sarah banyak mengajarkannya tentang islam bahkan sarah juga mengajarinya cara solat dan juga membaca ayat suci Al-quran. kata sarah lagi.


Dimaklumkan kemalangan yang meregut nyawa Hasbi berpunca daripada pemandu lori yang hilang kawalan akibat mengejar lampu merah di jalan pancing medan kira kira jam 8:30 pagi.

Menurut saksi kejadian mangsa yang menaiki motorsikal melambung keatas akibat dirempuh lori sebelum jatuh dengan kepala ke bawah.

Akibat pendarahan kepala yang teruk, Hasbi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara ahli keluarga hasbi berkata,pagi itu ibunya sempat melarang agar tidak hadir dalam majlis itu,namun Hasbi berkeras kerana sudah berjanji dengan sarah akan hadir dalam masjlis itu..

Bagaimanapun mayat hasbi dimakamkan dengan cara islam petang harninya dan sarah di beritahu kejadian itu sehari selepas majlis perkahwinan itu usai.

No comments

Loading...