Header Ads

Loading...

250 Ahli PKR Pangkor, Pasir Bogak Keluar Parti


PANGKOR - PKR Ranting pekan Pangkor dan Ranting Pasir Bogak terbubar sepenuhnya apabila seramai 250 ahlinya mengumumkan keluar parti pada 25 Mac lalu.

Masing-masing juga termasuk Ketua Ranting turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di dalam parti itu bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada BN.

Bekas Ketua Ranting PKR Ranting Pekan Pangkor V Subramaniam berkata, mereka mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan membubarkan parti itu kerana sudah hilang kepercayaan kepada PKR Cabang Lumut.


Loading...

Menurutnya, kepimpinan PKR Cabang Lumut kurang memberi perhatian kepada masyarakat India di Pangkor walaupun menjadi wakil rakyat Parlimen Lumut.

“Kami mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan seterusnya PKR Ranting pekan Pangkor dan Ranting Pasir Bogak terbubar apabila kesemua ahli yang melibatkan kaum India di Pangkor turut keluar parti.

“Kepimpinan PKR Parlimen Lumut juga kurang ambil tahu dan jarang datang menjenguk kami di sini dan kali terakhir kami berjumpa dengan Ahli Parlimen Lumut pada Oktober tahun lalu,” katanya ketika sidang media pengumuman keluar parti berkenaan hari ini.

Katanya, mereka membuat ketetapan untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada BN untuk PRU 14.

“Kami ambil keputusan memberi sokongan kepada BN untuk PRU 14 tidak kira siapa pun calonnya.

“Kami sudah membuat silap apabila memberi sokongan kepada PKR dalam PRU yang lalu,” katanya.

Bekas Ketua Ranting PKR Pasir Bogak, Shawal Hamid Pitchai Nagoor Samsu berkata, mereka membubarkan parti berkenaan dan telah menubuhkan sebuah NGO yang menyokong kerajaan.

“NGO ini yang diberi nama sebagai Pertubuhan Anbudamai akan memberi sokongan penuh kepada BN dan kami bersedia untuk membantu BN bagi memastikan kemenangan parti ini dalam PRU depan.

“Kami sudah hilang kepercayaan kepada PKR dan sepanjang lebih kurang empat tahun ini tidak ada apa-apa bantuan dihulurkan,” katanya.

Kedua-dua Ranting itu ditubuhkan 15 tahun lalu dan ahlinya melibatkan masyarakat India.

- Sinar Harian

No comments

Loading...