Header Ads

Loading...

2 Beradik Hilang Dari Tadika Di Petaling Jaya



Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang enggan dikenali berkata Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa beliau mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, dua beradik itu telah diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika bahawa dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 pagi.


Loading...

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA

No comments

Loading...