Header Ads

Loading...

'Zaman Saya Jaga Selangor 6 Billionaire Melayu Lahir'



SHAH ALAM - Berpengalaman menerajui negeri Selangor selama 11 tahun, cukup membawa makna kepada bekas Menteri Besar ketujuh negeri itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib apabila, beliau berjaya mencipta pelbagai kejayaan antaranya mengangkat kaum Melayu di persada tertinggi.

Berkongsi kenangan kisah kejayaannya itu, Muhammad atau lebih mesra disapa Mat Taib itu berkata, antara yang paling dibanggakan beliau pada zaman beliau 'menjaga' Selangor adalah apabila enam billionaire Melayu lahir, lapor Sinar Harian.


Loading...

"Zaman saya menjadi MB, hasil perancangan ketika itu, kita berjaya lahirkan enam billionaire Melayu dan ramai lagi usahawan berjaya lain," katanya dalam sesi soal jawab FB Live Sinar Harian, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Justeru katanya, rakyat Selangor ketika itu sangat gembira dan bangga dengan peluang yang diberikan kepada kaum Melayu di bawah pentadbirannya.

Dalam pada itu, Mat Taib turrut melontarkan pertanyaan sama ada kerajaan Selangor sekarang yang dipimpin oleh Pakatan Harapan turut membawa agenda Melayu dalam pentadbiran mereka.

"Saya nak tanya Pakatan Harapan sama ada, ada tak agenda Melayu...apa yang saya dukacita adalah mereka ini tutup asrama Yayasan Selangor, adakah DAP tak setuju dengan yayasan ini," katanya yang menjadi Menteri Besar Selangor dari Ogos 1986 hingga 1997.

No comments

Loading...