Header Ads

Loading...

Shahrizat Beri Bayangan Sedia Bertanding PRU14


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memberi bayangan bersedia bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata segala keputusan terserah kepada pucuk pimpinan parti.


Loading...

“Orang politik mesti bersedia untuk segala-galanyanya…terpulang pada Pengerusi (BN) (Datuk Seri Najib Tun Razak), ” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Wanita BN kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Selangor sempena King George V Silver Jubilee, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk membuat kemunculan semula pada PRU akan datang.

Sementara itu, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Besar, Shahrizat menjawab: “Macam-macam khabar angin saya dengar. Terima kasihlah yang bercakap saya akan bertanding di sana-sini, dalam politik biarlah orang mahu kita. Tapi semuanya terpulang pada bos saya (Najib).” -BERNAMA

No comments

Loading...