Header Ads

Senarai Calon Bocor: Ahli Umno Keluar Parti


BALING - Pengasas Umno Kampung Memali mengumumkan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon bagi kerusi Dun Bayu dan Parlimen dan mendakwa 29 ahli lain akan mengikut jejak langkahnya.

Mohd Fazli Ahmad berkata, keputusan itu dibuat kerana pimpinan Umno Baling tidak mengutamakan anak tempatan dalam soal pemilihan calon.

Loading...

“Proses pemilihan calon lebih terarah kepada siapa yang lebih baik dengan kepimpinan. Kami menolak pemilihan berdasarkan kronisme. Saya sudah mengisi borang untuk menjadi ahli parti Bersatu dan 29 ahli Umno di kampung ini akan ikut jejak saya.

“Akar umbi Umno tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang lebih ke arah bukan calon Melayu tempatan dan anak Baling,” katanya dalam sidang media di kediamannya, di Kampung Memali, hari ini.

Tambahnya, tidak mustahil tiga calon bagi kerusi Dun dan Parlimen selepas ini dimonopoli calon bukan anak tempatan.


Krisis senarai calon BN bermula selepas halaman empat muka surat yang didakwa bakal dihantar kepada Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tersebar luas di media sosial.

Dalam senarai itu, Adun Bayu yang juga Timbalan Speaker Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain tidak dicalonkan sebaliknya digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Noor Mohd Amin.

- Sinar Harian

No comments

Loading...