Header Ads

Robert Kuok Berjaya Sebab Dasar Kerajaan


Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok tidak akan menjadi individu terkaya di Malaysia tanpa bantuan daripada kerajaan walaupun beliau mempunyai hak peribadi dan rajin bekerja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, Kuok mendapat peluang dan ruang yang luas untuk memonopoli perniagaan beras dan gula pada suatu ketika dahulu hasil daripada pimpinan kerajaan yang wujud sehingga hari ini.

Malah, katanya, walaupun rajin, berdisiplin dan tekun bekerja, bantuan kerajaan tetap menjadi anak kunci yang membuka peluang kepada kejayaan tersebut.

“Kita tengok nama-nama orang yang terkaya di Malaysia. Mungkin kita boleh sebut Tan Sri Robert Kuok. Siapa yang bagi anak kunci? Dia mendapat monopoli beras dan gula seketika dahulu yang diberikan kerajaan pimpinan hari ini.


Loading...

“Ya dia ada hak. Ya, dia rajin, dia tekun dan dia ber­disiplin, tetapi kalau itu sahaja tuan-tuan dan puan-puan, tidak cukup. Mana-mana individu memerlukan anak kunci dan anak kunci itulah yang kita harap melalui dasar-dasar kerajaan untuk membuka pe­luang dan ruang mereka untuk lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian program Temu Duga Terbuka SL1M 2018 Pe­ringkat Zon Tengah di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dah­lan; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Baru-baru ini, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin dalam portalnya, www.malaysia-today.net mendakwa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan pemerintahan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi memboleh­kan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.

Raja Petra mendakwa, bagi merealisasikan impian tersebut, Kuok dikatakan amat menginginkan gelombang pe­rubahan dalam kalangan orang Melayu.

Dakwa Raja Petra lagi, apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada 1970, Kuok dikatakan secara terbuka menyatakan pendiriannya iaitu tidak menyukai langkah tersebut kepada pemimpin UMNO seperti yang dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times pada 4 Disember 2017.

Najib menambah, sesuatu kejayaan akan dicapai oleh individu apabila mendapat anak kunci yang membuka pintu kepada kehidupannya.

“Mengikut pengalaman saya, dalam kehidupan seseorang manusia, sama ada dia seorang yang serba sederhana mahupun tersenarai dalam orang terkaya di Malaysia, apa persamaannya? Terma­suk juga kepada orang politik, apa persamaannya? Persamaannya adalah mendapat anak kunci atau bantuan,” ujarnya.

Katanya, anak kunci itulah yang dianggap akan membuka peluang kepada generasi muda seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diper­kenalkan sejak 2011.

- Utusan Online

No comments

Loading...