Header Ads

'Pemimpin Bersatu Amal Kronisme'



PUTRAJAYA - Bersatu hari ini didakwa tersasar daripada landasannya kerana dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan kronisme.

Bekas pengasas Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, Bersatu mendakwa kerajaan hari ini mengamalkan kronisme sedangkan Bersatulah yang mempraktikkan prinsip negatif  tersebut.

“Bersatu dipimpin bekas perdana menteri yang telah memimpin selama 22 tahun, apakah dia sentiasa berada di pihak yang benar? Dia boleh lakukan apa sahaja yang dia nak?


Loading...

“Hari ini, (Tun) Mahathir boleh kata (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) RoS tidak melayan kehendaknya, apa lagi layanan yang perlu diberikan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian selepas berakhirnya perhimpunan aman yang dihadiri hampir 1,000 bekas ahli majlis pimpinan tertinggi, bekas pimpinan muda dan ahli akar umbi Bersatu.

Menurutnya, demonstrasi aman ini adalah supaya RoS mengambil tindakan sewajarnya sekiranya telah berlaku perlanggaran perlembagaan Bersatu ini.

“Kami nampak sekiranya tiada sebarang tindakan diambil RoS berhubung situasi ini, maka ia akan menjejaskan kredibiliti RoS sebagai satu badan yang menjaga kepentingan badan politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

“Jumlah yang hadir hari ini jauh lebih ramai daripada jumlah yang hadir semasa mesyuarat agung Bersatu yang diadakan sebelum ini,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...