Header Ads

Loading...

Pelajar Yang Dituduh Mencuri iPhone Guru Akhirnya Meninggal Dunia


Pelajar yang cuba membunuh diri selepas dia dituduh mencuri iPhone gurunya minggu lalu meninggal dunia pada jam 3.30 pagi ini.

Setiausaha NGO Tamilar Kural Malaysia, Satees Muniandy, yang memaklumkan berita itu kepada media, berkata anggota keluarganya berada di bilik mayat.

"Mereka terlalu sedih untuk bercakap sekarang," kata Satees kepada Malaysiakini.

Loading...


Presiden NGO itu, David Marshel (tengah gambar) bersama anggota keluarga pelajar itu di jabatan forensik hospital menunggu keputusan bedah siasat.

Pelajar berusia 13 tahun itu dalam keadaan koma di Hospital Seberang Jaya sejak 24 Januari lalu selepas dia cuba menggantung dirinya dengan selendang.

Keluarga remaja tersebut sebelum ini membuat laporan polis dan menggesa agar siasatan dilakukan serta tindakan diambil terhadap guru terbabit.

Pelajar yang berasal dari Nibong Tebal itu sebelum ini dilaporkan menulis sepucuk surat sebelum cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar itu bagaimanapun menafikan mencuri telefon berkenaan dan cuba menggantung dirinya menggunakan selendang ketika di rumahnya.

Datuk P Kamalanathan berkata kementerian meneliti kes itu dan mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.

No comments

Loading...