Header Ads

Loading...

Pas Kelantan Akan Jatuh Sendiri, Kata Husam


TANAH MERAH - Pakatan Harapan (Harapan) terutama Amanah tidak perlu bersusah payah menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan pada PRU14 nanti kerana parti Islam itu akan jatuh dengan sendiri.

Pengerusi Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, ini kerana kegagalan Pas mentadbir negeri ini dengan baik menyebabkan rakyat Kelantan sendiri akan menolak parti itu pada pilihan raya umum tersebut.

Katanya, antaranya ialah kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah air, isu pembangunan yang didakwa sengaja diperlahankan dan sikap lepas tangan berhubung masalah sosial di negeri ini.


Loading...

"Saya nak jawab Nik Amar (Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) yang kata Amanah nak jatuhkan kerajaan Pas di Kelantan.

"Saya sudah beratus kali sebut, Pas Kelantan ini kita tidak payah jatuhkan kerana ia akan jatuh dengan sendiri... dengan masalah air yang tak selesai, masalah pembangunan dia nak perlahankan.

"Kalau kerajaan Pas jatuh, itu sudah natural, bila rakyat tolak dan bukan sekali ini kerajaan Pas Kelantan (pernah) jatuh," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihanraya Harapan Tanah Merah, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Harapan Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor, Pengarah Pilihanraya Harapan Kelantan, Datuk Sazmi Miah dan Pengerusi Harapan Tanah Merah, Prof Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

Menurutnya, Pas Kelantan juga cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk mentadbir urus negeri tetapi pada masa, meminta 'sedekah' dari kerajaan Pusat.

"Kalau kerajaan BN tak beri duit, (kerajaan negeri) nak bayar gaji (kakitangan awam negeri) pun tak cukup, kena minta sedekah dengan kerajaan pusat.

"Jangan kelirukan rakyat, kata kerajaan Kelantan cukup duit kerana defisit belanjawan mengurus pada tahun lepas sahaja RM100 juta yang dibayar kerajaan pusat.

"Bila kerajaan pusat bagi duit, maknanya duit tak cukup. Dari satu sudut, perkara ini tak perlu diperbesarkan kerana itu tanggungjawab kerajaan  pusat tapi dari satu sudut lain, kerajaan negeri kena mengaku duit tak cukup," jelasnya.

No comments

Loading...