Header Ads

Ku Nan Simpati 'Orang Tua' Macam Dr M Lawat Pasar Malam


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau simpati kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali apabila membuat lawatan ke sebuah pasar malam di Putrajaya baru-baru ini.
"Saya simpati kepadanya ketika dia melawat pasar malam, dia orang tua. Kita lihat Siti Hasmah tak boleh jalan, dia perlukan orang memimpinnya.
"Kenapa dia berbuat begitu, kenapa dia lawat pasar malam? Kita tak tahu."

Loading...
"Saya tak faham mengapa mereka lakukan perkara-perkara seperti ini, adakah dia cuba dapatkan simpati?" katanya selepas menghadiri majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Titiwangsa hari ini.

Pada 30 Januari lalu Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkongsi di media sosial mengenai lawatan ke sebuah pasar malam.



Beliau dan Siti Hasmah kelihatan menerima sambutan mesra oleh peniaga dan pengunjung pasar malam berkenaan.
Bagaimanapun, Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, berkata beliau tidak terkejut dengan populariti bekas perdana menteri itu.

"Kami sentiasa berkomunikasi dengan semua peniaga-peniaga pasar malam dan orang-orang yang pergi ke pasar malam. Majoriti orang yang pergi ke pasar malam bukanlah pengundi saya.
"Saya tak bimbang," tambah beliau.
Ku Nan juga menambah beliau 'okay' jika bekas perdana menteri itu memutuskan untuk bertanding di Putrajaya.
- Malaysiakini

No comments

Loading...