Header Ads

Loading...

Kenapa Sibuk Urusan Bersatu, Kata Kamaruddin


SHAH ALAM - “Kenapa mereka yang bukan lagi ahli Bersatu menyibuk tentang urusan parti ini?” demikian kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Katanya, pihak yang mahu mengadakan himpunan aman bagi mendesak tindakan tegas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap Bersatu sebenarnya jahil tentang perlembagaan parti itu dan Akta pertubuhan 1966.

Loading...


“Kalau bekas (ahli Bersatu), kenapa masih menyibuk? Kalau masih ada masalah dengan Bersatu, datang bertemu dengan kita dan bukan gunakan cara berhimpun nak mendesak ROS batalkan kami,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Exco Pemuda Bersatu, Muhammad Hafiz Azhar bahawa pihaknya akan mengadakan himpunan aman pada 22 Februari ini bagi mendesak tindakan lebih tegas ROS terhadap Bersatu.

Menurut Muhammad Hafiz, himpunan tersebut akan tetap diteruskan berikutan masih belum ada sebarang tindakan terhadap parti itu yang secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti sendiri.

Mengulas perkara tersebut, Kamruddin mendakwa, alasan yang digunakan bagi berhimpun tidak masuk akal dan hanya bertujuan untuk melumpuhkan Bersatu semata-mata.

“Saya nak tanya, mereka ini nak lumpuhkan Bersatu bagi manfaat pihak mana dan siapa yang untung dalam hal ini?

“Kalau kita perhatikan juga, sebelum ini mereka gunakan skrip yang sama untuk hentam Bersatu bila mereka keluar dari parti. Buat pula secara rasmi di hotel-hotel yang kita boleh anggap sebagai perlu mengeluarkan kos banyak hanya untuk buat sidang media,” katanya.


Kamaruddin turut mendakwa, himpunan tersebut juga didalangi Umno yang tergugat dengan kehadiran Bersatu dan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka mungkin tidak gerun dengan PKR, begitu juga dengan Pas yang telah berjuang sekian lama untuk menumbangkan BN tetapi gagal sehingga hari ini.

“Himpunan ini dibuat oleh tentera upahan yang selama ini berada dalam Bersatu yang selama ini tidak mempunyai keikhlasan menumbangkan Umno. 

Ternyata mereka ini adalah agen yang wujud bagi memporak-perandakan Bersatu,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...