Header Ads

Jemput Pemantau Asing, Hanya Mahu Burukkan Kerajaan


SHAH ALAM - Pertubuhan Empirical Malaysia menyifatkan pembangkang 'bermain drama' berhubung gesaan mereka yang mahukan pemantau asing pada PRU14 nanti.

Presidennya, Anina Saadudin berkata, gesaan itu hanyalah helah pembangkang untuk memburukkan imej kerajaan dan agensi terlibat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta bagi mendapatkan perhatian.

Loading...


"Tindakan menjemput pemantau asing untuk PRU14 ini umpama bapa yang cuba memburukkan anak sendiri di mata antarabangsa yang kelak memburukkan nama keluarga secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mendesak kerajaan menjemput pasukan pemantau pilihan raya bebas daripada Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memantau perjalanan PRU14.

Mengulas lanjut, Anina berkata, beliau pelik bagaimana gesaan ini boleh disokong kem pembangkang kerana umum maklum, mereka tetap mempunyai pengundi sendiri malah mampu mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang hasil keputusan PRU lepas.



"Jadi, adakah sistem pengawasan dan pemantauan PRU kita tidak cekap hingga kem pembangkang mampu menawan beberapa negeri dan meningkatkan pengaruh di beberapa kawasan tertentu?

"Seperti biasa, pembangkang gemar berilusi dengan nafsu terlalu ingin menang hingga sanggup terdetik untuk membawa pasukan pemantau PRU asing," katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...